Van Persie Mungkin Buta Seumur Hidup


Bekas penyerang berbisa Arsenal Robin van Persie mungkin buta sebelah mata gara-gara kemalangan dialaminya di atas padang awal pagi tadi.
Bermain untuk kelab Fenerbahce, van Persie diturunkan Dick Advocaat untuk menentang kelab bawahan, Akhisar Belediyespor di Manisa, Turki.



Melalui rakaman video van Persie sedang berebut bola ketika berlaga dengan salah seorang pemain kelab di kedudukan ke-17 liga tempatan Turki berkenaan.
Pemain kebangsaan Belanda itu kelihatan melambung dan berguling di atas padang sambil memegang matanya yang berdarah banyak.
Dia kemudian diusung ke luar padang untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Laporan media tempatan menyatakan ada kemunginan van Persie, 33, tidak dapat melihat menggunakan mata kirinya lagi.
Bintang van Persie menyinar cemerlang ketika dia dibawah didikan Arsene Wenger, namun tidak lama selepas bermukim di Old Trafford nasib kurang menyebelahinya lebih lama.
Dia kemudian memilih untuk bermain dengan Fenerbahce sejak tahun lalu.
Kelab itu kini menghuni tempat kelima Super Lig dengan mengumpul 18 mata daripada 10 perlawanan. Kedudukan teratas dikuasai kelab Istanbul Basaksehir F K yang dikendalikan oleh Abdullah Avci.
Perlawanan awal pagi tadi berkesudahan dengan Fenerbahce mengatasi Akhisar Belediyespor 3-1.



No comments:

Post a Comment