Punca Sebenar Lagu Syamel Hidup Dalam Mati Tarik Diri Dari AJL 31

Shah Alam: Teka-teki mengenai kedudukan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel pada Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 31 yang berlangsung malam ini terjawab apabila dia mengesahkan menarik diri.
Namun begitu, Syamel enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada DD Music selaku penerbit.
"Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, komposer bersama lagu itu iaitu Ayai turut mengesahkan mereka menarik diri.
Menurut Ayai yang juga penyanyi kumpulan Ilusi, perkara itu adalah keputusan pihak DD Music selaku penerbit lagu terbabit.
"Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.
"Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu lagu ini menjadi bualan hangat apabila ia dikatakan diciplak daripada lagu ciptaan Ayai berjudul Ku Kejar Bayangmu nyanyian Idris Kilauan Emas.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment